Tuesday, September 3, 2019

Ikatan Asas Pengakap Istimewa

September 03, 2019
Murid-murid PPKI telah diajar asas dalam aktiviti kokurikulum Pengakap Istimewa. Ikatan asas yang diajar ialah ikatan manok dan buku sila. Demonstrasi cara mengikat ikatan tersebut diketuai oleh Cikgu Zaiful Anuar Bin Abu Samah. Ini merupakan salah satu aktiviti ketika murid-murid mengikuti kegiatan kokurikulum Pengakap Istimewa.





Tuesday, August 27, 2019

Aktiviti Terapi Hidro

August 27, 2019
PPKI SK Cheng telah mengadakan aktiviti terapi hidro pada 28 Ogos 2019 yang lepas.

Terapi ini diadakan di Kolam Renang MBMB. Murid- murid dilatih oleh pakar terapi dan jurulatih renang yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Semoga dengan terapi ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada anak-anak istimewa ini.






Wednesday, August 21, 2019

Terapi Audio Visual

August 21, 2019
PPKI SK Cheng telah mengadakan aktiviti terapi audio visual pada 18 Jun 2019.

Terapi ini diadakan di GSC Dataran Pahlawan. Murid- murid dilatih membeli sendiri tiket tayangan dan cara untuk berkomunikasi dengan cara yang betul.

Semoga dengan terapi ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada anak-anak istimewa ini.





Monday, August 19, 2019

Aktiviti Kokurikulum Pengakap Istimewa

August 19, 2019
Murid-murid PPKI telah diajar cara mengikat kain anduh menggunakan skaf Pengakap. Demonstrasi cara mengikat kain anduh telah dilakukan oleh guru-guru praktikum. Ini merupakan salah satu aktiviti ketika murid-murid mengikuti kegiatan kokurikulum Pengakap Istimewa.